Buli Archives - Laman Web MKN

MUSUH SENYAP DUNIA PROFESIONAL
Di sebalik suasana pejabat yang kelihatan harmoni dengan senyuman profesional, bilik berhawa dingin dan struktur kerja yang tersusun, wujud satu realiti gelap yang sering disembunyikan daripada pandangan — buli di tempat kerja. Fenomena ini tidak semestinya berlaku dalam bentuk serangan fizikal atau jeritan yang lantang, sebaliknya perbuatan buli kerap hadir dalam bentuk halus dan psikologi yang sukar dikenal pasti tetapi amat berbahaya. Dalam banyak keadaan, perbuatan ini berselindung di sebalik bahasa yang sopan tetapi menyindir, arahan yang memalukan atau pengabaian sistematik terhadap seseorang pekerja.

Realiti Statistik yang Membimbangkan

Kajian oleh Non-Septor dalam Jurnal Psikologi Malaysia mendedahkan bahawa 80 peratus daripada responden mengaku pernah berdepan dengan perlakuan negatif di tempat kerja, manakala 15 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai mangsa buli yang menerima tekanan secara mingguan. Dalam konteks tempatan, laporan berkaitan doktor pelatih di hospital kerajaan menunjukkan bagaimana tekanan kerja yang melampau dan tidak berperikemanusiaan telah menjadi kebiasaan, seolah-olah penderitaan tersebut adalah sebahagian daripada proses ‘pendewasaan’ kerjaya. Di peringkat global, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan bahawa hampir satu daripada empat pekerja pernah menjadi mangsa keganasan atau gangguan di tempat kerja — fizikal, psikologi atau seksual. Lebih membimbangkan, sekitar 60 hingga 75 peratus kes tidak pernah dilaporkan kerana kebimbangan terhadap tindakan balas atau kurang keyakinan terhadap sistem dalaman organisasi.

Buli Halus Tanpa Disedari Tetapi Dinormalisasi

Salah satu bentuk buli yang paling sukar dikesan ialah yang berlaku secara tidak langsung dan berulang. Perbuatan buli mungkin hadir dalam bentuk keputusan sepihak, komunikasi yang mengelirukan, pengabaian pandangan individu atau penyampaian tugasan dengan cara yang tidak berdiplomasi. Tanpa disedari, gaya pengurusan, komunikasi atau interaksi harian boleh mencetuskan tekanan yang memberi kesan kepada kesejahteraan psikologi seseorang. Bukan sahaja produktiviti terjejas, malah hal ini akan mewujudkan suasana kerja yang mengekang idea dan pembaharuan. Apabila budaya ini dibiarkan berlarutan, keadaan ini akan menjadi normalisasi yang berbahaya dalam budaya organisasi.

Namun begitu, penting untuk difahami bahawa perilaku buli di tempat kerja tidak semestinya hanya datang daripada golongan atasan. Dalam sesetengah situasi, pekerja bawahan juga boleh memanipulasi sifat baik dan toleransi penyelia mereka. Apabila sikap bertimbang rasa dan kemanusiaan dianggap sebagai kelemahan, ada individu yang mula culas, enggan mematuhi arahan atau mengabaikan tanggungjawab mereka. Keadaan ini bukan sahaja memberi tekanan emosi kepada penyelia yang terpaksa menanggung beban kerja berlebihan, malah hal ini merupakan satu bentuk ketidakadilan yang menjejaskan keharmonian pasukan secara keseluruhan. Dalam erti kata lain, buli tidak semestinya berlaku secara lantang atau mengugut, perbuatan buli juga boleh hadir dalam bentuk penyalahgunaan kepercayaan dan sikap sambil lewa yang berterusan.

Gosip Pejabat: Racun Sosial yang Diremehkan

Dalam masa yang sama, budaya gosip dalam kalangan rakan sekerja turut menyumbang kepada suasana kerja yang toksik. Apa yang dianggap sekadar ‘sembang ringan’ berpotensi menjadi punca penyebaran maklumat tidak benar dan penilaian tidak adil terhadap individu. Hal ini boleh membawa kepada pengasingan sosial, penurunan keyakinan diri serta tekanan emosi yang serius. Mangsa akan mula hadir bekerja dalam keadaan terpaksa, bukan kerana komitmen kepada tanggungjawab tetapi kerana takut menjadi bahan bualan atau kecaman.

Kesan Domino yang Tidak Boleh Diabaikan

Kesan jangka panjang daripada buli di tempat kerja tidak hanya dirasai oleh individu, tetapi turut memberi impak kepada organisasi secara keseluruhan. Ketegangan yang berlaku boleh menjejaskan hubungan pasukan, menurunkan moral dan meningkatkan kadar pertukaran staf. Dalam jangka masa panjang, ia menjejaskan prestasi organisasi serta menambah kos dari segi kehilangan tenaga kerja mahir dan reputasi korporat.

Apa yang Boleh Dilakukan?

Budaya kerja yang sihat tidak lahir secara spontan, tetapi perlu dibina secara sedar dan sistematik. Semua pihak dalam organisasi, tanpa mengira jawatan atau peranan, harus bersedia memupuk suasana kerja yang saling menghormati dan inklusif. Latihan berkaitan komunikasi beretika, empati dan kesedaran tentang buli perlu dijadikan sebahagian daripada pendekatan pengurusan. Dalam masa yang sama, saluran aduan yang telus dan boleh dipercayai mesti disediakan agar setiap pekerja yakin bahawa suara mereka akan didengar dan dilindungi. Budaya menghargai pencapaian, keterbukaan dalam perbincangan dan pengurangan politik pejabat juga perlu diperkuatkan dari masa ke masa.

Penutup: Tanggungjawab Bersama

Buli di tempat kerja bukanlah isu remeh yang boleh diketepikan. Hal ini adalah cabaran serius yang memerlukan kerjasama dan kesedaran kolektif. Setiap individu dalam organisasi memegang peranan penting dalam membina persekitaran kerja yang selamat, hormat dan bermaruah.

Kekuatan sebenar sesebuah organisasi bukan hanya terletak pada kemampuannya mencapai sasaran, tetapi pada nilai kemanusiaan yang ditegakkan dan dilindungi dalam setiap interaksi harian di tempat kerja.

Disediakan oleh:

Nurul Hashikin Abd Rahman

The post MUSUH SENYAP DUNIA PROFESIONAL appeared first on Laman Web MKN.

MITOS DAN REALITI BULI SIBER #15
Buli siber bukan lagi isu terhad kepada remaja, malah kini menjadi cabaran serius di tempat kerja.

Ia mampu merosakkan prestasi, mematahkan semangat dan menggugat kesihatan mental pekerja, menjadikan suasana kerja kurang produktif dan tidak harmoni.

Jadikan tempat kerja kita sebagai ruang yang selamat dan positif.

Mulakan dengan budaya hormat-menghormati, sokong rakan yang terkesan dan bertindak tegas dengan melaporkan segala bentuk tindakan tidak beretika.

Sumber: Cybersecurity Malaysia

The post MITOS DAN REALITI BULI SIBER #15 appeared first on Laman Web MKN.

#9: MITOS DAN REALITI BULI SIBER
Jangan terpedaya dengan topeng pembuli siber!

Di sebalik skrin, mereka mungkin kelihatan sempurna, namun kelakuan mereka mencerminkan realiti yang berbeza.

Bersama kita jadikan ruang digital lebih selamat.

Hentikan buli siber dan laporkan sebarang insiden segera!

Sumber: CSM

The post #9: MITOS DAN REALITI BULI SIBER appeared first on Laman Web MKN.

TIADA TEMPAT UNTUK BULI SIBER!
Ayuh kita wujudkan persekitaran internet yang lebih selamat.

Ia bermula dengan diri anda!

#KatakanTidakKepadaBuliSiber

#SayNoToBuliSiber

Sumber: Jabatan Penerangan

The post TIADA TEMPAT UNTUK BULI SIBER! appeared first on Laman Web MKN.

#ADDINAHAD: JAUHI PERBUATAN TIMBUL KEBENCIAN, BULI DI MEDIA SOSIAL SUATU LANGKAH MERDEKA DIRI DALAM ISLAM
Menjauhi perbuatan yang menimbulkan kebencian antara kaum, memfitnah, menggunakan kata-kata kesat dan membuli di media sosial merupakan langkah memerdekakan diri yang diunjurkan dalam Islam.

Langkah itu bukan sahaja membawa kebaikan kepada diri sendiri malah dapat mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna.

Apabila kita guna platform media sosial untuk menghentam, memfitnah, menggunakan kata-kata kesat serta membuli, ini merupakan satu perkara mungkar yang menunjukkan individu tersebut dikuasai oleh nafsu, syaitan dan iblis.

Sekiranya berjaya meninggalkan perbuatan tersebut, bermakna kita telah membebaskan diri daripada terus dibelenggu perbuatan batil dan berubah kepada gaya hidup berpaksikan akidah, syariat dan akhlak sebagai cara hidup Islam sebenar.

Pembebasan diri daripada perbuatan tidak baik itu sekali gus membantu kerajaan dalam mengatasi penyebaran jenayah serta maklumat berbahaya berunsur provokasi di media sosial.

Islam sendiri mengajar umatnya untuk berubah daripada kemungkaran kepada amalan yang baik serta hanya mentauhidkan Allah SWT semata-mata dan mengikut ajaran dibawa oleh Rasulullah SAW.

Dari sudut ajaran Islam, kemerdekaan sebenar ialah membebaskan diri masing-masing daripada cengkaman lain bukan sahaja penjajah tapi dalam konteks Islam, membebaskan diri daripada amalan buruk dan sia-sia serta amalan yang boleh mencetuskan perpecahan.

Sumber: Berita Harian

The post #ADDINAHAD: JAUHI PERBUATAN TIMBUL KEBENCIAN, BULI DI MEDIA SOSIAL SUATU LANGKAH MERDEKA DIRI DALAM ISLAM appeared first on Laman Web MKN.