Persatuan & Rekreasi - Laman Web MKN

TAMAN EKO RIMBA ULU BENDUL DITUTUP SEMENTARA SUSULAN KES DISYAKI KENCING TIKUS
Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah di sini ditutup sementara hingga 24 Mei ini bagi semua jenis aktiviti untuk tujuan kawalan keselamatan dan kesihatan awam susulan terdapat kes disyaki leptospirosis atau kencing tikus di kawasan itu.

Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Mohd Yussainy Md Yusop, penutupan sementara itu bagi membolehkan pihak pengurusan menjalankan kerja sanitasi, pembersihan rapi dan pemantauan kualiti air demi memastikan keselamatan pengunjung terjamin.

Pihaknya menerima laporan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah yang memaklumkan terdapat dua kes disyaki kencing tikus berlaku di pusat rekreasi berkenaan.

Sehubungan itu, orang awam dilarang menceroboh masuk ke kawasan itu sepanjang tempoh penutupan dan kegagalan mematuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan sedia ada. Kawasan rekreasi air yang lain di negeri ini dibuka seperti biasa dan pengunjung diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan.

Sementara itu, menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Suriyati Abd Aziz, siasatan lanjut sedang dijalankan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian. Terdahulu, tular di media sosial mendakwa beberapa pengunjung mengalami muntah-muntah dan cirit-birit selepas mandi di taman rekreasi tersebut.

Sumber: Sinar Harian

The post TAMAN EKO RIMBA ULU BENDUL DITUTUP SEMENTARA SUSULAN KES DISYAKI KENCING TIKUS appeared first on Laman Web MKN.

GUA BATU MALOI PERMATA TERSEMBUNYI
Gua Batu Maloi merupakan antara khazanah alam semula jadi yang menarik dan memiliki potensi besar sebagai destinasi eko-pelancongan unggul di Negeri Sembilan. Terletak di Hutan Simpan Gunung Tampin, laluan gua sepanjang 2.4 kilometer ini berada dalam kawasan berbukit dan disaliri oleh Sungai Johol. Ia didominasi oleh batuan granit zaman Trias yang dianggarkan berusia antara 250 hingga 200 juta tahun.

Mengikut sejarah, taman eko-rimba ini dikaitkan dengan mitos seorang pawang bernama Maloi yang dikatakan pernah duduk di atas batu besar yang terdapat di dalam gua tersebut. Pada tahun 1940-an, kawasan ini pernah didiami komuniti Orang Asli yang hidup secara nomad dan berpindah setiap kali berlaku kematian. Kampung tersebut dikenali sebagai Kampung Tangai, namun begitu akibat serangan harimau kumbang ke atas haiwan ternakan, penduduk diarahkan berpindah ke Gemencheh.

Pada asalnya, gua ini menjadi lokasi persinggahan pemancing dari kampung-kampung berhampiran, namun bermula tahun 1993 ia mula diterokai oleh sebuah persatuan dari Hospital Kuala Pilah, sekali gus membuka jalan pembangunan aktiviti eko-pelancongan.

Kini, kawasan ini dibuka secara rasmi untuk aktiviti penerokaan gua. Sepanjang laluan dalam gua, peserta akan diuji dengan pelbagai cabaran seperti merangkak, memanjat, menyelam dan menyusur laluan sempit yang licin, gelap dan berair.

Aktiviti lasak di Gua Batu Maloi bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental, malah memberikan pengalaman unik yang sukar dilupakan kepada setiap peserta. Suasana gua yang sejuk dan lembap serta bunyi aliran air bawah tanah menjadikan penerokaan di sini lebih mengujakan dan berbeza berbanding gua-gua lain di negara ini.

Bagi mereka yang ingin mencabar diri sambil menikmati keindahan alam semula jadi, Gua Batu Maloi adalah destinasi yang tidak harus dilepaskan. Menurut Pegawai Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur, Asri Draman, Gua Batu Maloi merupakan salah satu daripada empat taman eko-rimba di bawah pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur, selain Ulu Bendul, De Bana dan Jeram Tengkek.

Gua ini terletak kira-kira satu jam pemanduan dari Seremban. Sehingga Ogos lalu, Gua Batu Maloi mencatatkan kehadiran 5,188 peserta manakala pada tahun lalu jumlah keseluruhan pengunjung adalah 10,418 orang. Terdapat 24 checkpoint yang ditanda sebagai panduan serta langkah keselamatan kepada pengunjung.

Menurut Jurupandu Gua Batu Maloi, Nor Aini Omar,  dia mula terlibat dalam aktiviti pandu gua sejak tahun 2015 selepas mengikuti kursus anjuran Jabatan Pertahanan Awam dan kemudiannya dilantik secara rasmi sebagai jurupandu.

Menurutnya, aktiviti penerokaan gua itu diadakan hampir setiap minggu dan sambutan menggalakkan khususnya daripada pelajar, organisasi kerajaan dan pencinta alam semula jadi.

Sumber: Sinar Harian

The post GUA BATU MALOI PERMATA TERSEMBUNYI appeared first on Laman Web MKN.

PROGRAM MERAKYATKAN SUKAN MELALUI KOMUNITI SELAMAT DAN SIHAT SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH JELEBU TAHUN 2025
11 Oktober 2025 : Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan (MKN NS) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Jelebu mengambil inisiatif untuk mendekati komuniti dan penduduk setempat serta para belia di sekitarnya melalui kegiatan sukan, aktiviti kecergasan dan kesihatan sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) yang juga dilaksanakan serentak di peringkat Kebangsaan.

HSN2025 daerah Jelebu mengetengahkan konsep Malaysia Madani dengan menekankan penghormatan serta meraikan kepelbagaian agama dan budaya antara kaum. Matlamat utamanya ialah menghidupkan kembali budaya kecergasan, rekreasi dan sukan rakyat dalam kalangan masyarakat supaya dapat melahirkan komuniti cerdas, sihat dan bersatu padu.

Sambutan HSN2025 dilaksanakan secara fizikal di semua peringkat – kebangsaan, negeri dan daerah – berlandaskan prinsip “no one left behind”. Ia bukan hanya tanggungjawab kerajaan tetapi turut melibatkan semua lapisan masyarakat, NGO dan organisasi sukan untuk bersama-sama merancakkan aktiviti kecergasan. Elemen 10 gaya hidup rakan muda juga diselarikan bagi memberi impak lebih luas serta menarik penglibatan generasi muda.

Penganjuran program ini mewujudkan hubungan serta jaringan sosial dan keselamatan yang baik antara MKN NS dengan komuniti dan masyarakat setempat. Penganjuran program ini juga bakal mewujudkan kesedaran berkaitan hal-hal keselamatan negara melalui aktiviti sukan, kesihatan dan kecergasan khususnya sempena Hari Sukan Negara 2025, selaras dengan empat teras utama Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu; Teras 2 (Kestabilan Sosio-Politik), 3 (Kesepaduan Nasional), 7 (Pembangunan Mampan), dan 8 (Keselamatan Rakyat).

The post PROGRAM MERAKYATKAN SUKAN MELALUI KOMUNITI SELAMAT DAN SIHAT SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH JELEBU TAHUN 2025 appeared first on Laman Web MKN.

“Nurse Shark” Dikesan Di Perairan Labuan, Tingkat Potensi Ekopelancongan
Labuan, 16 September 2025 –  Jerung spesies nurse shark sepanjang satu meter, dipercayai berusia beberapa minggu atau bulan, dikesan di perairan di sekitar Pulau Rusukan Kecil.

Penampakan spesies yang jarang ditemukan itu dibuat oleh ahli Kelab Menyelam Labuan Tan Zhi Shan ketika menyelam rekreasi di Taman Laut Labuan pada Ahad lepas.

Presiden Kelab Menyelam Labuan Teoh Ming Woei berkata penemuan itu ialah petanda positif bagi ekosistem marin di pulau ini.

Penemuan anak jerung ini akan memperkaya kehidupan marin di perairan Labuan dan baik untuk aktiviti menyelam rekreasi kerana penemuan ini menambah kepelbagian biodiversiti yang boleh dihargai penyelam di sini.

Penemuan terkini jerung jenis nurse shark di perairan Labuan ini mencerminkan peningkatan biodiversiti ekosistem marin dan menunjukkan bahawa Labuan terus menjadi destinasi selaman yang selamat dan menyeronokkan. Selain nurse shark, ahli kelab itu turut dilaporkan terlihat jerung sirip hitam dan jerung jenis lizard shark di sekitar Pulau Kuraman dan Pulau Rusukan Kecil.

Teoh berkata spesies berkenaan tidak berbahaya kepada manusia, malah menambahkan lagi pengalaman menyelam di Labuan. Nurse shark, atau nama saintifik “Ginglymostoma cirratum”, spesies jerung yang bergerak perlahan dan mendiami dasar laut, secara amnya tidak berbahaya kepada manusia, tetapi dianggap penting untuk biodiversiti marin.

Beliau berkata kehadiran spesimen muda ini mungkin menunjukkan bahawa perairan Labuan menyediakan habitat dan kawasan pembiakan yang sesuai untuk hidupan laut sekali gus menekankan kepentingan melindungi terumbu karang dan ekosistem di sekitarnya.

Pulau Rusukan Kecil, satu daripada pulau taman laut popular di Labuan, ialah sebahagian daripada Taman Laut Labuan yang turut merangkumi Pulau Kuraman dan Pulau Rusukan Besar.

Pulau ini terkenal dengan biodiversiti marin yang kaya, menarik menyelam dan pelancong. Pulau Rusukan Kecil turut dipertimbangkan sebagai tapak pembangunan resort pelancongan baharu yang akan meningkatkan tarikan ekopelancongan di pulau ini.

Teoh berkata penemuan spesies jerung berkenaan dijangka meningkatkan lagi kesedaran terhadap keperluan pelancongan marin yang lestari dan usaha pemuliharaan di perairan Labuan.

Sumber: BERNAMA

The post “Nurse Shark” Dikesan Di Perairan Labuan, Tingkat Potensi Ekopelancongan appeared first on Laman Web MKN.

‘JANGAN TUKAR NAMA PORT DICKSON SAJA, TUKAR SEMUA SEKALI’- AMINUDDIN
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun membidas usaha sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan mahu menukarkan nama Port Dickson kepada Pantai Dermaga. Beliau berpendapat, cadangan pertukaran nama tersebut sepatutnya melibatkan semua tempat bukannya Port Dickson saja.

Beliau dimaklumkan mengenai beberapa NGO yang diterajui Pertubuhan Pemerkasaan Identiti (Identiti) bersama dengan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) untuk menukar nama Port Dickson kepada suatu nama lain iaitu Pantai Dermaga.

Bagi beliau jika ingin tukar nama, tukarlah semua sekali, janganlah Port Dickson saja tukar sekali Port Klang, Kuala Lumpur  serta Georgetown (Pulau Pinang).

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mempersoalkan kenapa kawasan berkenaan yang menjadi sasaran dan pada masa meminta semua pihak bersikap lebih terbuka. Jelas beliau, Port Dickson telah dikenali ramai termasuk pelancong luar sebagai kawasan pantai peranginan.

Ditanya kritikan pihak tertentu berkenaan langkah menukar Jalan Temiang di sini, kepada Jalan Dr Chen Man Hin yang dibuat pada 2023, beliau berkata, perkara itu tidak harus dibangkitkan lagi.

Sumber: Sinar Harian

The post ‘JANGAN TUKAR NAMA PORT DICKSON SAJA, TUKAR SEMUA SEKALI’- AMINUDDIN appeared first on Laman Web MKN.