Mesra Tapi Berbatas: Menilai Profesionalisme di Tempat Kerja

Dalam persekitaran bekerja, keprihatinan, senyuman, dan nada percakapan yang mesra haruslah dijadikan amalan harian untuk membina persekitaran kerja yang positif. Kelakuan ramah daripada rakan sejawat mahupun pihak atasan lazimnya lahir daripada sifat profesionalisme dan etika kerja yang baik, dan tidak seharusnya didorong selain dari niat bekerja. Oleh itu, setiap wawasan dan dorongan positif di pejabat seharusnya dilihat sebagai usaha murni untuk mengekalkan keharmonian pasukan.

Kekeliruan kerap berlaku apabila kebaikan dan sikap terbuka seseorang ditafsir secara berlebihan sebagai isyarat minat peribadi atau godaan (𝘧𝘭𝘪𝘳𝘵𝘪𝘯𝘨). Dalam kepelbagaian peringkat hierarki organisasi—daripada staf sokongan hingga ke pihak pengurusan—sikap hormat dan keprihatinan ialah elemen penting untuk melancarkan komunikasi. Pekerja perlu bijak menilai batas profesionalisme agar tidak terburu-buru meletakkan andaian peribadi terhadap setiap budi bahasa yang ditunjukkan.

Keadaan ini secara tidak langsung boleh memberi tekanan kepada staf yang ikhlas bersikap mesra, sehingga mereka merasa serba salah atau terpaksa menjelaskan niat sebenar mereka. Suasana kerja yang sihat memerlukan pemahaman bahawa kebaikan tidak sentiasa mempunyai maksud tersirat. Dengan menghormati sempadan profesional, keharmonian organisasi dapat dipelihara tanpa menjejaskan ukhuwah serta semangat kerjasama antara warga kerja.

Sumber :Facebook Institut Integriti Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MEMUTUS RANTAIAN ‘SIMBIOSIS HARAM’: KEWAJIPAN MENOKTAHKAN ISU PATI DI MALAYSIA

Isu lambakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia merupakan barah nasional yang seolah-olah tiada titik noktahnya. Walaupun pelbagai operasi …

MIKROFON PREMIUM, MINDA MURAHAN: BARAH BAHARU DUNIA DIGITAL

Hari ini, sesiapa sahaja boleh membeli mikrofon gred studio, menyewa pencahayaan estetik, dan menggelar diri mereka sebagai “podcaster.” Namun, di …

Ubah Budaya Melengah-Lengah: Birokrasi Bukan Alasan Tidak Boleh Bekerja Pantas

Birokrasi berlebihan dan sikap suka meletak kesalahan kepada peraturan atau Prosedur Pengendalian Standard (SOP) sebagai punca kelewatan kerja perlu dihentikan …