PENUGASAN OP MOTOSIKAL (OP SAMSENG JALANAN) JSPT MELAKA

Melaka – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Melaka Tengah telah melaksanakan Op Motosikal (Op Samseng Jalanan) di sekitar daerah Melaka Tengah bagi membanteras aktiviti samseng jalanan serta mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.
Operasi yang dijalankan pada 5 September 2026, jam 10.00 malam hingga 6.00 pagi melibatkan 1 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 7 Pegawai Rendah Polis (PRP) di tiga lokasi iaitu Jalan Pulau Gadong, Jalan Bukit Senjuang dan Jalan Tun Abdul Razak (MBMB).
Sepanjang operasi, sebanyak 204 individu dan 188 kenderaan telah diperiksa.
Hasil pemeriksaan, sebanyak 97 saman PDRM (K)257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya melibatkan kesalahan cermin sisi, ekzos, aksesori motosikal, nombor pendaftaran, Lesen Kenderaan Motor (LKM), lesen memandu serta pengubahsuaian kenderaan.
Selain itu, pihak polis turut menahan dua lelaki Melayu di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menyita lapan buah motosikal bagi tindakan lanjut.
JSPT Melaka menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman di jalan raya sentiasa terpelihara.
Orang ramai khususnya penunggang motosikal dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
“PATUH PERATURAN, SELAMAT DI JALAN RAYA.”
Sumber : Facebook JSPT Melaka

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEMARAK MERDEKA JALUR GEMILANG

Alor Gajah – Semangat patriotisme terus disemarakkan menerusi Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …