KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan modal insan bagi menjayakan misi menjadikan Sabah sebagai negeri maju dan berdaya saing.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata pendekatan itu diharap dapat melahirkan rakyat Sabah yang berilmu dan berkemahiran, berdaya saing serta mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dunia.

Sehubungan itu, katanya peranan guru-guru Pendidikan Islam penting bagi membantu merealisasikan misi itu.

Menurut Isnin, guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, sebaliknya mereka berperanan membantu membentuk pemikiran, membina karakter dan mencorakkan masa depan generasi masa kini.

“Kita sedang berada dalam satu era perubahan yang sangat pantas yang mana Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) telah memasuki hampir setiap sektor kehidupan, termasuk bidang pendidikan.

“AI boleh membantu guru menyediakan bahan pengajaran, membina aktiviti pembelajaran, menganalisis keperluan murid dan menghasilkan kandungan pendidikan yang lebih kreatif dan interaktif,” katanya.

Isnin berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pembangunan Insan (PPMI) Institut Pendidikan Islam, di sini.

Turut hadir Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad.

Bagaimanapun, Isnin berkata rakyat perlu sedar bahawa AI hanyalah alat, dan guru tetap menjadi insan yang membimbing, mendidik dan membentuk nilai.

“Lebih-lebih lagi dalam Pendidikan Islam, penggunaan AI mestilah disertai dengan akhlak, adab, amanah, ketepatan ilmu dan kefahaman terhadap sumber-sumber Islam yang sahih,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik penganjuran program PPMI yang menurutnya merupakan satu langkah yang penting ke arah meningkatkan kemahiran profesional guru.

“Ia juga memastikan guru-guru Pendidikan Islam Sabah celik teknologi, celik AI dan bersedia menghadapi perubahan pendidikan masa hadapan.

“Kita mahu melahirkan guru Pendidikan Islam yang menguasai ilmu agama, pedagogi dan teknologi, sehingga mampu menjadikan AI sebagai pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa mengabaikan nilai kemanusiaan dan pembentukan akhlak,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Isnin berkata kerajaan Sabah sentiasa menyokong segala usaha yang membawa kepada pemerkasaan pendidikan dan pembangunan modal insan.

“Kita sedar bahawa masih terdapat keluarga yang berdepan dengan cabaran ekonomi dan sosial.

“Namun kita percaya bahawa antara jalan paling penting untuk mengubah keadaan tersebut ialah melalui pendidikan dan ilmu,” katanya.

Isnin turut menyambut baik pewujudan Kolej Kemahiran Islam Sabah (KKIS) yang menurutnya bakal membantu memantapkan lagi pembangunan modal insan di negeri ini.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …