1,257 PATI DITAHAN JIM TERENGGANU HINGGA 15 OGOS

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu menahan seramai 1,257 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam 334 operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri dari Januari hingga 15 Ogos lalu.

Menerut Pengarah JIM Terengganu, Mohd Yusri Mohd Nor, sebanyak 4,884 warga asing diperiksa dalam operasi yang menyasarkan lokasi berisiko seperti tapak pembinaan, premis perniagaan, kawasan perladangan dan perumahan. Daripada jumlah tangkapan, 522 individu didapati tidak memiliki dokumen atau permit sah, 317 ditahan kerana tinggal lebih masa manakala 372 lagi atas kesalahan salah guna pas.

Selain itu, sebanyak 207 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkenaan dengan kutipan kompaun mencecah RM2.887 juta. Seramai 727 individu telah didakwa di mahkamah, terdiri daripada 707 PATI dan 20 majikan yang mengambil atau melindungi PATI, dengan jumlah denda sebanyak RM602,000 direkodkan.

Sementara itu, operasi bersepadu di Bukit Besi pada 11 Ogos lalu memeriksa 99 warga asing dan menahan 49 individu terdiri daripada 24 warga Bangladesh, 17 Indonesia, tujuh Myanmar dan seorang India. JIM Terengganu akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi berkaitan bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen di negeri Terengganu.

 

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2026/08/31/warga-asing-terengganu-masuk-pukat/

Artikel/Berita Terkini

PANGGILAN SENYAP BUKAN SEMESTINYA SELAMAT!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PANGGILAN SENYAP …

TANGKAPAN CURI KABEL OLEH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD ALOR GAJAH

Alor Gajah – Kejayaan besar dicatatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah apabila …

PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Keselamatan jalan …