PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) BERTAJUK PEMAHAMAN AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA DAN TATACARA TINDAKAN PDRM MENGIKUT UNDANG-UNDANG ANJURAN JSPT MELAKA

Melaka – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah menganjurkan Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk Pemahaman Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Tatacara Tindakan PDRM Mengikut Undang-Undang selama dua hari bermula 18 hingga 19 Jun 2026 bertempat di Auditorium IPK Melaka.
Sebahagian para peserta yang hadir
Program ini telah disertai seramai 45 pegawai dan anggota yang terdiri daripada 5 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 40 Pegawai Rendah Polis (PRP) dari JSPT IPK Melaka serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian penting melalui sesi ceramah yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman dari JSPT Bukit Aman, JSJ IPK Melaka serta wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Antara topik yang diketengahkan termasuk kesalahan-kesalahan semasa penugasan pilihan raya, tugas eskot peti undi dan kawalan lalu lintas semasa hari penamaan calon dan hari mengundi, serta tatacara tangkapan dan langkah pencegahan terhadap kesalahan yang lazim berlaku.
Selain itu, peserta turut diberi penerangan berkaitan peranan PDRM khususnya dari sudut trafik dalam membantu kelancaran proses pilihan raya berdasarkan perspektif SPR, di samping pengenalan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya bagi memastikan setiap anggota memahami dengan jelas peruntukan undang-undang yang terlibat.
Program ini juga bertujuan menyelaraskan tindakan penguatkuasaan trafik, kawalan lalu lintas serta pelaksanaan tugas eskot keselamatan peti undi secara lebih sistematik dan teratur sepanjang tempoh penugasan pilihan raya. Dalam masa yang sama, ia turut meningkatkan kemahiran praktikal anggota dalam mengesan kesalahan serta melaksanakan proses tangkapan mengikut prosedur yang sah di sisi undang-undang.
Sumber : Facebook JSPT Melaka

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …