LAPORAN OP MOTOSIKAL (OSJ) DAN OP MABUK JSPT MELAKA

Melaka – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Melaka telah melaksanakan Op Motosikal (OSJ) dan Op Mabuk secara serentak di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang bermula pada 1100 malam 18 Julai 2026 dan berakhir pada 0500 pagi 19 Julai 2026.
Operasi melibatkan 3 pegawai dan 15 anggota JSPT dengan pemeriksaan ke atas 240 buah kenderaan dan 245 individu.
Hasil operasi telah merekodkan 165 saman di bawah PDRM (K) 257, manakala tiada saman dikeluarkan di bawah PDRM (K) 170A. Kesalahan tertinggi yang dikesan ialah nombor pendaftaran kenderaan (39 kes), diikuti lesen memandu (22 kes), cermin sisi (19 kes), gagal mempamerkan lesen P/L (16 kes) serta LKM tamat tempoh (14 kes).
Sepanjang operasi turut menyaksikan 6 buah motosikal disita di bawah MTR (T): 15880/26, manakala tiada tangkapan direkodkan.
Pecahan saman mengikut daerah:
📍 BSPTD Melaka Tengah – 121 saman
📍 BSPTD Alor Gajah – 30 saman
📍 BSPTD Jasin – 14 saman
JSPT Melaka akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas, meningkatkan tahap pematuhan undang-undang serta mengurangkan risiko kemalangan demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
“Pandu Berhemah, Nyawa Selamat.”
Sumber : Facebook JSPT Melaka

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …