DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang terus komited dalam memastikan pematuhan terhadap keselamatan jalan raya sentiasa dipatuhi oleh pengguna jalan raya terutama di musim perayaan. Program ini dihadiri seramai 25 orang pekerja Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Membuat Tekstil, Pakaian, Fibre, Kulit Dan Plastik Semenanjung Malaysia.
Advokasi Keselamatan Jalan Raya melalui sesi ceramah dan perkongsian tips keselamatan jalan raya yang berfokus kepada:
– Kepentingan merancang perjalanan
– Kepentingan pemakaian keselamatan dan kebolehlihatan ketika menunggang dan membonceng motosikal.
– Kepentingan pemakaian topi keledar yang mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
– Kepentingan pemakaian tali pinggang keledar bagi mengurangkan impak kemalangan jalan raya.
– Kepentingan melakukan pemeriksaan asas motosikal dengan menggunakan T-CLOCK untuk motosikal dan POWDER bagi pemeriksaan kenderaan.
Tiada lain yang kami harapkan melainkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pengguna jalan raya yang terlibat seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta disebarluaskan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



