TAKLIMAT KESELAMATAN JALANRAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang terus komited dalam memastikan pematuhan terhadap keselamatan jalan raya sentiasa dipatuhi oleh pengguna jalan raya terutama di musim perayaan. Program ini dihadiri seramai 30 orang pekerja Penfabric.
Advokasi Keselamatan Jalan Raya melalui sesi ceramah dan perkongsian tips keselamatan jalan raya yang berfokus kepada:
✅ Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
✅ Membudayakan Pemanduan Selamat:
– Kepentingan merancang perjalanan
– Kepentingan pemakaian keselamatan dan kebolehlihatan ketika menunggang dan membonceng motosikal.
– Kepentingan pemakaian topi keledar yang mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
– Kepentingan pemakaian tali pinggang keledar bagi mengurangkan impak kemalangan jalan raya.
– Kepentingan melakukan pemeriksaan asas motosikal dengan menggunakan T-CLOCK untuk motosikal dan POWDER bagi pemeriksaan kenderaan.
Tiada lain yang kami harapkan melainkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pengguna jalan raya yang terlibat seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta disebarluaskan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.
                                                                                                                                                                                   Sumber  : JPJ Negeri Pulau Pinang  https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …