DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Majlis Perhimpunan Setia Bil. 3/2026 telah berlangsung dengan jayanya melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan JPJ Negeri Pulau Pinang. Majlis ini menjadi platform penting dalam menyampaikan amanat pengurusan, memperkukuh komunikasi organisasi serta menyemarakkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga jabatan. Turut disampaikan pelbagai maklumat berkaitan hala tuju jabatan, pencapaian semasa serta penekanan terhadap aspek integriti, disiplin dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.
Semoga segala pengisian yang disampaikan dapat terus meningkatkan komitmen, profesionalisme dan kesiapsiagaan warga kerja dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



