DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

PROGRAM JIWA@KELAB MALAYSIAKU, SMK ABDULLAH MUNSHI.
23/6/2026 (Selasa)
12.30 tgh hari
Bilik Media, SMKAM
Program JIWA@Kelab Malaysiaku berjaya mencapai matlamatnya dalam membentuk pelajar untuk berfikiran positif, mempunyai jati diri yang kukuh serta semangat cintakan negara. Kempen Internet Selamat disampaikan oleh Puan Norhafiza & Puan Nurul Izzah Aqilah dari Pusat NADI, DTL kepada peserta.
Pelajar sedar mereka perlu berhati-hati dalam melayari media sosial supaya tidak mudah mendedahkan data peribadi kepada pihak ketiga.
Sumber : Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut https://www.facebook.com/JaPenDTL



