DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

PROGRAM JIWA@KELAB MALAYSIAKU: SMKA AL-MASHOOR (L)
Alhamdulillah, Program JIWA@Kelab Malaysiaku di SMKA Al-Mashoor (L) telah berlangsung dengan jayanya. Program ini bertujuan memupuk semangat patriotisme, perpaduan, jati diri serta nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sebagai generasi pewaris negara.
Sesi taklimat oleh Fatin Nurul Habsyah binti Abdullah staff Pusat NADI berkaitan Kempen Internet Selamat. Taklimat ini memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan internet secara berhemah, keselamatan siber, perlindungan maklumat peribadi serta langkah-langkah mengelakkan penipuan dalam talian.
Sumber : Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut https://www.facebook.com/JaPenDTL



