HARGAI KEHARMONIAN DAN PERPADUAN: JULITA

MESRA: Julita beramah mesra dengan rakyat yang hadir di sambutan pesta Kaamatan Matunggong.

MATUNGGONG: Rakyat Sabah perlu terus menghargai keharmonian dan perpaduan yang dinikmati selama ini kerana tidak semua negara berbilang kaum mampu mengekalkan keadaan sedemikian.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Majungki berkata, masyarakat Sabah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana rakyatnya hidup dalam suasana saling menghormati walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama.

“Kita di Sabah biasanya memandang orang sebagai orang, sebagai saudara, bukan melihat kepada bangsanya. Itulah kelebihan kita yang perlu kita jaga,” katanya ketika merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Matunggong di sini pada Sabtu.

Menurutnya, rakyat tidak boleh memandang ringan nilai perpaduan kerana terdapat negara lain yang pernah mengalami konflik dan pergolakan akibat perpecahan dalam masyarakat.

Beliau berkata, keharmonian dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat juga memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara, sekali gus membolehkan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Dalam pada itu, beliau berkata sambutan Pesta Kaamatan merupakan antara contoh terbaik bagaimana rakyat Sabah mampu meraikan kepelbagaian budaya dalam suasana aman dan harmoni.

Katanya, tema Kaamatan tahun ini, ‘Menuai Perpaduan, Merayakan Keharmonian’, amat bertepatan dengan identiti masyarakat Sabah yang hidup dalam keadaan saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Kecil Matunggong 2026 menyaksikan Crizzelbellkah Lorris dinobatkan sebagai johan, diikuti Wiwielian Phang sebagai naib johan, manakala Ellyzzie Casey Epson meraih tempat ketiga.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …