‘MAT REMPIT’ DICEKUP, 37 SAMAN DALAM OP SAMSENG JALANAN

LUMBA: Aktiviti lumba haram yang dikesan sepanjang operasi berkenaan dijalankan.

SANDAKAN: Seorang lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan (Motosikal) yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, operasi yang dijalankan melibatkan seorang pegawai kanan bersama sembilan anggota BSPT di beberapa lokasi sasaran sekitar daerah itu.

Katanya, dalam operasi berkenaan, polis turut menahan sebuah motosikal bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, sebanyak 11 buah motosikal turut ditahan di bawah Seksyen 60 akta sama, manakala 37 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

“Pemeriksaan menyeluruh turut dijalankan ke atas semua pengguna jalan raya bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta mengesan sebarang kesalahan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah membanteras kegiatan samseng jalanan khususnya melibatkan penunggang motosikal.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas demi keselamatan diri serta pengguna lain.

“Pematuhan kepada undang-undang jalan raya amat penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

JANGAN CEPAT LABEL ANAKNAKAL (JENIS 3: GEMAR MELUKIS DI MANA-MANA BENTUK KECERDASAN ANAK)

Ada ibu bapa yang pening apabila melihat dinding rumah, meja atau buku dipenuhi contengan anak. Walaupun perbuatan itu perlu ditegur, …

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 2: TIDAK BOLEH DUDUK DIAM)

Ada anak yang sukar duduk diam walaupun hanya beberapa minit. Mereka gemar berlari, memanjat, melompat dan sentiasa bergerak ke sana …

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 1: SUKA BERTANYA TANPA HENTI)

Setiap kanak-kanak mempunyai cara belajar, berfikir dan mengekspresikan diri yang berbeza. Namun, tidak dinafikan ada ibu bapa yang mudah melabel …