20 PATI DITAHAN DALAM OPS SAPU DAN OPS HIJAU DI DUNGUN DAN KUALA TERENGGANU

Seramai 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan menerusi Ops Sapu dan Ops Hijau oleh pihak berkuasa di beberapa lokasi sekitar Dungun dan Kuala Terengganu pada 30 Mac 2026.

Operasi tersebut melibatkan pemeriksaan di lima premis yang terdiri daripada rumah kediaman di Kampung Sungai Derhaka serta rumah kongsi ladang di Ulu Paka. Hasil pemeriksaan ke atas 54 individu, pihak berkuasa telah menahan 20 PATI yang terdiri daripada 16 lelaki, seorang wanita dan tiga kanak-kanak perempuan.

Daripada jumlah tangkapan itu, seramai 15 individu merupakan warganegara Bangladesh, diikuti empat dari Myanmar dan seorang dari Indonesia. Kesemua tahanan berusia antara 15 hingga 46 tahun.

Selain itu, satu saman saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut. Kesemua individu yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Semua OKT telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu dalam kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan, khususnya di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan serta penempatan pekerja asing. Langkah ini bertujuan memastikan pematuhan undang-undang imigresen di samping menjamin keselamatan dan kesejahteraan awam.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …