INISIATIF MEMPERKUKUH KETERJAMINAN MAKANAN DAN KEMAMPANAN SEKTOR PERTANIAN NEGARA

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menetapkan empat tumpuan strategik pada tahun 2026 bagi memperkukuh keterjaminan makanan dan kemampanan sektor pertanian negara.

Inisiatif ini memberi penekanan khusus terhadap peningkatan hasil padi serta pemerkasaan industri ruminan untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar. Selain itu, pembangunan ekosistem industri hiliran dipergiat bagi meminimumkan pembaziran dan meningkatkan nilai komersial hasil tani melalui pusat pemprosesan yang lebih efisien. Pemulihan serta pemantapan infrastruktur melalui pendekatan membina dan menyelenggara prasarana menjadi nadi utama dalam menyokong produktiviti sub sektor tanaman serta ternakan.

Secara keseluruhannya, langkah bersepadu ini bertujuan menjamin bekalan makanan yang stabil dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.

Sumber: Facebook Jabatan Pertanian Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …