SEGERAKAN PEMBINAAN TEBATAN BANJIR: MATBALI

TINJAU: Matbali bersama Ruslan meninjau beberapa lokasi yang dicadangkan untuk pembinaan tebatan banjir bersama rombongan agensi dan jabatan kerajaan.

BEAUFORT: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan projek tebatan banjir di daerah itu khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Ini kerana katanya, selain masalah banjir yang kerap berlaku, isu hakisan turut membelenggu penduduk setempat berikutan paras air banjir tinggi yang mengakibatkan limpahan air banjir sehingga berlakunya hakisan.

“Hari ini saya bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam untuk meninjau keadaan banjir terutama sekali di kawasan Lumadan. Ketika ini kami berada di Kampung Batandok Lubak dan kita lihat keadaan banjir ini memang dalam dan pada masa melihat tanah runtuh dan hakisan di kawasan ini.

“Jadi kita merayu kepada pihak kerajaan supaya dapat menyegerakan pembinaan tebatan banjir melalui peruntukan Persekutuan kerana keadaan ini mendatangkan bahaya kepada penduduk khususnya pengguna jalan raya, lebih-lebih lagi ketika musim banjir,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan yang juga Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan turut mencadangkan kepada kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya meninggikan beberapa jalan raya yang terputus akibat banjir yang sering berlaku.

Katanya, perkara itu penting bagi memastikan bukan sahaja ia dapat memudahkan urusan pemindahan mangsa yang terlibat banjir tetapi juga memudahkan beberapa pihak untuk menghantar bantuan serta memberi kesenangan kepada penduduk untuk mendapatkan barang keperluan harian.

“Kita cadangkan ialah meninggikan jalan-jalan yang sering ditenggelami air banjir demi memudahkan pergerakan kenderaan-kenderaan kecil yang akan ke pekan untuk membeli barangan-barangan keperluan dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan turut mencadangkan supaya satu terusan dibina dari Kampung Suasa, bagi memastikan kelancaran aliran air ke laut, dalam usaha mengurangkan kesan banjir yang melanda di  kawasan Lumadan.

Katanya, cadangan pembinaan terusan sejauh tujuh kilometer diyakini antara salah satu solusi terbaik bagi mengurangkan limpahan air banjir ke beberapa buah kampung yang sering ditenggelami banjir.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …