EXPLODING HEAD SYNDROME

Tengah Mamai Nak Terlelap, tiba-tiba dengar bunyi BOM! jangan panik, anda bukan gila dan bukan kena kacau hantu. Pernah tak jadi situasi macam ni? Badan dah penat sangat,mata dah layu, suasana bilik bilik sunyi sepi tiba-tiba masa fasa “mamai” antara sedar dan tidur tu,

BOOM!

Anda terdengar bunyi letupan yang sangat kuat dalam kepala. Ada yang dengar macam bunyi pistol, bunyi pintu dihempas kuat, atau bunyi cermin pecah berderai. terus jantung berdegup laju, berpeluh, dan mata segar bugar balik sebab terkejut. Bila tanya pasangan sebelah: “Awak dengar tak bunyi meletup tadi?”Dia jawab: “Takde bunyi apa pun. Sunyi je.”masa inilah mula fikir bukan-bukan.”Aku nak kena strok ke?  ada benda halus main tepi telinga aku ke?”

Tenang. Anda tidak gila.Fenomena ini dipanggil Exploding Head Syndrome. Ia adalah sejenis gangguan tidur (parasomnia) yang berlaku semasa transisi otak dari fasa sedar ke fasa tidur.

Kenapa Ia berlaku? Bayangkan otak kita macam komputer yang nak “Shut Down”.Sepatutnya, sel-sel saraf pendengaran, penglihatan, dan motor akan dimatikan secara berperingkat. tetapi dalam kes EHS, berlaku sedikit “keralatan teknikal” (glitch). Bahagian saraf pendengaran di dalam otak bukannya padam perlahan-lahan, tapi ia melepaskan isyarat SERENTAK secara tiba-tiba.Hasilnya? Otak mentafsirkan isyarat saraf itu sebagai bunyi letupan yang kuat, walhal tiada bunyi sebenar di luar.

Siapa Selalu Kena?
Ia kerap berlaku kepada individu yang:

1. Sangat letih (Extreme fatigue).
2. Stres melampau.
3. Tidur tak menentu.

Bahaya Ke? Berita baik: Ia TIDAK BAHAYA. Ia tidak menyebabkan strok atau sakit otak. Ia cuma annoying sebab kacau kita nak tidur.

Jadi, kalau malam ni terdengar bunyi “bom” lagi, tarik nafas dalam-dalam. Itu cuma otak anda tersilap tekan suis “off”. Pusing sebelah, sambung tidur.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …