JKNNS SIASAT DAKWAAN PEKERJA KEDAI MAKAN BASUH LEBIHAN MAKANAN UNTUK DIJUAL SEMULA

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan pekerja sebuah restoran di daerah ini yang dipercayai membasuh lebihan makanan untuk dijual semula keesokan harinya.

Menurut Pengarah JKNNS, Dr Zuraida Mohamed, pihaknya dimaklumkan mengenai perkara tersebut pagi tadi dan pegawai penguat kuasa kesihatan telah ke premis itu untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Siasatan lanjut sedang dilakukan sekarang ini dan sebarang tindakan berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian. Pihaknya memandang serius mengenai perkara tersebut yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia membabitkan keselamatan dan kesihatan orang ramai.

Tular di Facebook sebelum ini apabila seorang pengguna memuat naik rakaman dan gambar memaparkan seorang pekerja kedai dipercayai sedang membasuh lebihan makanan seperti ayam dan daging untuk digunakan semula keesokan harinya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …