FEBRUARI 2026, LANGIT BERCERITA, RAMADAN MENJELANG

FEBRUARI 2026, Langit Bercerita, Ramadan Menjelang🌙🔭 
Februari ini sarat dengan keindahan dan makna, bermula 2 Feb (Bulan Penuh & Pasang Besar), 9 Feb (Sukuan Akhir), pertemuan planet 19–21 Feb, hingga 25 Feb (Bulan Perigee) yang kelihatan sedikit lebih besar dan terang. Semua ini mengajak kita merenung kebesaran Allah melalui alam ciptaan-Nya.
Kemuncaknya 17 Februari, hari Cerapan Hilal Ramadan 1447H di 29 lokasi rasmi seluruh negara bagi penentuan awal puasa. Walaupun Gerhana Matahari Cincin berlaku pada hari sama (tidak kelihatan dari Malaysia), ia tetap menjadi tanda kekuasaan Allah. Sama-sama kita doakan urusan cerapan dipermudahkan dan dipertemukan dengan Ramadan yang penuh barakah.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi… ada tanda-tanda bagi orang yang berakal.” (Ali-‘Imran: 190)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …