SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ ULUL ALBAB MELAKA DINAIK TARAF KEPADA SABK

Lendu – Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka akan dinaik taraf kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi memastikan pengurusan operasi dan kebajikan warganya berada pada tahap terbaik.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim berkata, penyeragaman status itu membolehkan kementerian membantu sekolah berkenaan daripada aspek pengurusan harian, operasi serta kebajikan tenaga pengajar selain kakitangan.

Menurutnya, langkah tersebut penting bagi memastikan sekolah berkenaan dapat beroperasi secara lebih tersusun dan mampan tanpa menjejaskan identiti serta program sedia ada.

“Apabila sekolah ini menjadi SABK, KPM akan memastikan aspek pengurusan operasi, penempatan serta latihan guru dilaksanakan secara teratur supaya sekolah ini dapat berfungsi dengan baik.

“Ini merupakan antara salah satu sekolah di bawah rangkaian 234 sekolah kendalian KPM yang merupakan SABK,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka sebagai SABK di sekolah berkenaan, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu merangkap Ketua Menteri Melaka ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad; Pengerusi Lembaga Pengelola SM Imtiaz Ulul Albab Melaka Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam serta kenamaan lain.

Mengulas mengenai permohonan sekolah lain untuk menjadi SABK, beliau menjelaskan KPM sentiasa terbuka menerima permohonan, namun menekankan pematuhan syarat minimum seperti status tanah, keselamatan bangunan, kurikulum serta ketersediaan guru terlatih.

“Proses penukaran status sekolah kepada SABK lazimnya mengambil masa antara tiga hingga enam bulan, bergantung kepada kelengkapan dokumen dan tahap kesiapsiagaan pihak pengurusan sekolah,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …