MELAKA SEDIA PLATFORM BANTU IBU BAPA HADAPI CABARAN DUNIA SIBER

Ayer Keroh – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Melaka mengajak ibu bapa serta masyarakat menyertai Kursus Kasih Keibubapaan Digital pada 27 dan 29 Januari 2026.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, kursus itu bagi memperkasa ibu bapa dalam mendepani cabaran dunia khususnya berkaitan penggunaan media sosial, keselamatan siber serta pembentukan sahsiah anak-anak.

Menurutnya, ibu bapa terlibat akan diberi pendedahan dan kemahiran supaya lebih bersedia membimbing anak-anak menghadapi dunia tanpa sempadan yang penuh dengan pelbagai risiko dan pengaruh.

“Kita memberi tumpuan kepada tiga fokus utama iaitu adab dan etika di dunia siber, gaya keibubapaan digital serta kemahiran keibubapaan digital termasuk teknik praktikal memantau dan melindungi anak-anak daripada ancaman siber.

“Kursus ini terbuka kepada ibu bapa yang mempunyai anak berusia sehingga 18 tahun, penjaga, pendidik serta pemimpin komuniti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Justeru itu, Kalsom meminta semua ibu bapa dan masyarakat di negeri ini agar tidak melepaskan peluang menyertai kursus tersebut bagi menambah ilmu keibubapaan serta memastikan kesiapsiagaan menghadapi cabaran semasa.

“Kita mahu melahirkan keluarga yang celik teknologi, beretika dan mampu membentuk generasi masa depan yang seimbang,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …