PBT PERLU PERKUKUH PELAN PENGURUSAN BENCANA

Ayer Keroh – Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta memperkukuh pelan pengurusan bencana bagi menghadapi cabaran perubahan iklim, cuaca ekstrem dan risiko bencana yang semakin meningkat.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, isu berkaitan saliran, perubahan iklim dan pengurusan bencana kini menjadi antara cabaran terbesar memerlukan tindakan strategik serta bersepadu PBT.

“Fenomena banjir, cuaca ekstrem dan bencana alam menuntut tahap kesiapsiagaan yang tinggi, perancangan rapi serta kerjasama erat antara PBT, agensi teknikal dan komuniti setempat.

“Saya berharap semua PBT dapat memperkukuh pelan pengurusan bencana di peringkat masing-masing dengan meningkatkan kecekapan sistem saliran serta mengarusperdanakan elemen adaptasi dan mitigasi perubahan iklim dalam setiap perancangan pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Bulan Januari dan Amanat Tahun 2026 di Pentas Utama Kompleks Melaka Mall, di sini, pada Khamis.

Hadir sama Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron serta warga MPHTJ.

Zulkiflee turut menegaskan budaya kerja berprestasi tinggi, responsif dan mesra rakyat perlu diterjemahkan dalam setiap lapisan perkhidmatan PBT.

“Tahun 2026 memerlukan kita bekerja dengan lebih cekal, berani membuat perubahan dan sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan keperluan semasa.

“Dengan komitmen semua pihak, PBT di negeri ini diyakini akan terus kekal relevan, dihormati dan berkesan dalam menyokong agenda pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …