DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang berjaya menumpaskan tiga kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 hasil serbuan berasingan di sekitar Sungai Bakap dan Pekan Darat, bermula semalam. Operasi pertama dijalankan pada 11.30 pagi semalam di Sungai Bakap, manakala dua lagi serbuan di Pekan Darat dan Butterworth dilaksanakan pada 10 pagi hari ini, hasil risikan dan intipan pihaknya sejak sebulan lalu.
Pelbagai minyak masak polibeg bersubsidi bernilai lebih RM25,962 dalam tiga serbuan tersebut. Modus operandi sindiket adalah memotong minyak masak daripada bungkusan polibeg satu kilogram (kg) sebelum memindahkannya ke dalam tong tangki.
Sumber : KPDN Pulau Pinang https://www.facebook.com/KPDNHEPPulauPinang



