ANAK BUAYA SEPANJANG LAPAN KAKI DITANGKAP DI KAMPUNG SEBERANG MENUMBOK

TANGKAP: Pasukan APM Menumbok menjalankan operasi menangkap anak buaya terbabit.

MENUMBOK: Seekor anak buaya berjaya ditangkap dalam satu operasi bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Menumbok dan Jabatan Hidupan Liar di Kampung Seberang Menumbok, awal pagi Khamis.

APM dalam satu kenyataan memaklumkan operasi dijalankan selepas mendapat maklumat orang awam berhubung kehadiran buaya di kawasan bawah jambatan kampung berkenaan yang menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

“APM Menumbok menerima panggilan kecemasan pada jam 5.36 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi pada jam 5.37 pagi dan tiba 11 minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan di kawasan terbabit mendapati seekor anak buaya berada di bawah jambatan, dipercayai sering muncul di kawasan sama,” katanya.

Katanya, operasi menangkap reptilia itu dijalankan bersama Jabatan Hidupan Liar dengan langkah keselamatan diambil bagi mengelakkan sebarang risiko kepada penduduk dan anggota bertugas.

“Dalam operasi ini, hanya seekor anak buaya dianggarkan sepanjang lapan kaki dengan berat kira-kira 35 kilogram berjaya ditangkap, manakala tiada kehadiran buaya dewasa dikesan di lokasi.

“Tiada kecederaan dilaporkan melibatkan penduduk kampung atau anggota penyelamat sepanjang operasi dijalankan,” katanya.

Seramai tiga anggota APM daripada Pusat Unit Pertahanan Awam (PUPA) Menumbok terbabit dalam operasi itu dengan kekuatan sebuah skuad Delta.

Dua buah motosikal Modenas digunakan sebagai logistik utama, selain peralatan seperti vest keselamatan, tali dan lampu suluh.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.30 pagi sebelum pasukan beredar pulang dan tiba semula di Pusat Kawalan Operasi Daerah pada jam 6.41 pagi.

APM Menumbok menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan segera menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kehadiran haiwan liar berbahaya di kawasan kediaman.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PROGRAM JUALAN …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …