MAIM SALUR RM148.4 JUTA DANA ZAKAT BANTU ASNAF DI MELAKA

Ayer Keroh – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengagihkan sejumlah RM148.4 juta untuk membantu golongan asnaf di negeri ini sepanjang tahun 2025.

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, jumlah itu meningkat berbanding tahun sebelumnya berdasarkan peningkatan kutipan zakat di negeri ini.

“Sepanjang 2025, MAIM terus komited memperkasa golongan asnaf melalui pelbagai inisiatif strategik.

“Ia merangkumi aspek pendidikan, ekonomi, sosial serta pembangunan insan dan institusi agama, termasuk pengukuhan peranan zakat, wakaf dan baitulmal,” katanya dalam satu hantaran Setulus Kata di laman Facebook rasmi MAIM.

Menurut Shaifulfazlee, sehingga Disember 2025, Zakat Melaka telah berjaya mengutip zakat sebanyak RM145.1 juta.

“MAIM merakamkan penghargaan kepada seluruh pembayar zakat dan pewakaf atas kepercayaan dan sokongan berterusan.

“Semoga segala usaha dan inisiatif MAIM dalam memperkasa golongan asnaf serta memperkukuh pembangunan sosioekonomi Islam melalui pengurusan zakat, wakaf dan baitulmal sebagai teras utama dapat direalisasikan dengan jayanya,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …