TIGA RUMAH ROSAK AKIBAT TANAH RUNTUH DI KAMPUNG NUMBAK

RUNTUH: Kejadian tanah runtuh di lokasi kejadian susulan hujan lebat.

KOTA KINABALU: Tiga buah rumah di Kampung Numbak, di sini, mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan, malam tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Mohammad Hannis Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.40 malam.

Katanya, seramai empat anggota bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer dari balai bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan keselamatan.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati berlaku runtuhan tanah yang menyebabkan kerosakan serius terhadap struktur rumah penduduk.

“Rumah pertama mengalami kerosakan sepenuhnya iaitu 100 peratus, rumah kedua rosak 90 peratus manakala rumah ketiga mengalami kerosakan sekitar 70 peratus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada penduduk setempat, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu, namun seramai tujuh penghuni terjejas akibat runtuhan berkenaan.

“Pasukan bomba menjalankan pemantauan keselamatan bagi memastikan tiada risiko bahaya lain di lokasi kejadian.

“Operasi ditamatkan pada jam 1.45 pagi selepas keadaan disahkan selamat,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …