WARGA EMAS HILANG DUA HARI DI RUHIANG DITEMUKAN SELAMAT

SELAMAT: Warga emas yang dilaporkan hilang di Ruhiang ditemukan selamat.

TUARAN: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan bukit di Kampung Ruhiang sejak Sabtu lalu, akhirnya ditemukan selamat, pagi tadi.

Mangsa berusia 74 tahun itu ditemukan penduduk kampung pada jam 7.55 pagi, kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit, berkata mangsa ditemukan bersendirian di kawasan tepi sungai sebelum pasukan operasi menjalankan pemeriksaan awal.

“Selepas memastikan keadaan mangsa stabil, beliau diserahkan kepada keluarga untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.22 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu selepas mendapati wanita itu keluar dari rumah dan gagal dikesan sehingga lewat malam.

Berikutan itu, pasukan operasi melancarkan usaha pencarian bersama beberapa agensi lain dengan bantuan penduduk kampung.

Radius pencarian meliputi kawasan seluas 800 meter dari rumah mangsa, namun operasi terpaksa dihentikan pada jam 12.33 tengah malam berikutan keadaan gelap sebelum disambung semula pagi tadi.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …