PETI ADUAN SEKOLAH BANTU PELAJAR LAPOR KES BULI

Seri Negeri – Pelajar dan ibu bapa kini mempunyai pelbagai saluran untuk membuat aduan berkaitan isu buli, termasuk melalui peti aduan yang diletakkan di setiap sekolah.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, saluran lain termasuk WhatsApp Anti-Buli 014-800-9325, sistem aduan buli Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) Kementerian Pendidikan (KPM), dan e-mel aduanbuli.moe.gov.my.

“Dengan adanya peti aduan ini, murid atau pelajar boleh membuat aduan tanpa pengetahuan orang lain.

“Atas usaha ini kita dapat melihat peningkatan kes buli yang dilaporkan. Bukan kerana kes buli bertambah tetapi kerana pelajar berani melaporkan kejadian yang sebelum ini tidak dibuat aduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di sini, hari ini.

Rahmad berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri dan KPM bagi memastikan sekolah menjadi persekitaran selamat dan bebas buli bagi semua pelajar.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …