TIGA LELAKI DITAHAN, HAMPIR 70 GRAM SYABU DIRAMPAS

PADAH: Semua suspek ditahan disyaki memiliki syabu dalam serbuan berkenaan.

LAHAD DATU: Tiga lelaki ditahan dan hampir 70 gram syabu berjaya dirampas dalam dua operasi berasingan menerusi Op Tapis yang digerakkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, berkata operasi pertama dijalankan kira-kira jam 3.30 pagi di sebuah rumah pekerja di ladang sawit Kampung Sungai Merah, Felda Sahabat.

“Serbuan itu menahan seorang lelaki berusia 32 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Pemeriksaan lanjut menemukan empat paket syabu seberat 6.55 gram dengan anggaran nilai RM720.50,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, operasi lanjutan pada jam 5 pagi pula membawa pasukan BSJND ke sebuah rumah pekerja di Lestari, Felda Sahabat 11.

“Dua lelaki, masing-masing berusia 32 tahun, ditahan dalam bilik di rumah berkenaan.

“Pemeriksaan menemukan sebuah beg silang hitam mengandungi tiga paket syabu seberat 62.92 gram dengan nilai anggaran RM6,921.20,” katanya.

RAMPAS: Dadah jenis syabu yang berjaya dirampas dalam serbuan berkenaan.

Menurutnya, ujian saringan awal juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Dzulbaharin menegaskan, kejayaan operasi itu membuktikan komitmen berterusan IPD Lahad Datu dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …