PENYAKIT BERJANGKIT AKIBAT BANJIR

Banjir meningkatkan risiko beberapa penyakit berjangkit disebabkan air tercemar, sanitasi terjejas, dan kepadatan di pusat pemindahan.

a) Penyakit Bawaan Air
  • Cirit-birit / Dysentri / Kolera
    • Disebabkan air dan makanan tercemar bakteria.
    • Gejala: cirit-birit, muntah, sakit perut, demam.
  • Hepatitis A & E
    • Disebabkan air atau makanan tercemar virus.
    • Gejala: jaundis, sakit perut, loya, demam.
b) Penyakit Bawaan Vektor
  • Denggi / Zika / Chikungunya
    • Nyamuk Aedes membiak di kawasan air bertakung selepas banjir.
    • Gejala: demam, ruam, sakit sendi dan otot.
  • Leptospirosis (Penyakit Tikus)
    • Disebabkan air banjir tercemar air kencing tikus.
    • Gejala: demam, sakit kepala, sakit otot, muntah, kulit/ mata kuning.
c) Penyakit Pernafasan & Kulit
  • Influenza / Batuk / Selsema
    • Disebabkan kepadatan di PPS atau kawasan basah & sejuk.
  • Jangkitan Kulit (kurap, ruam, luka bernanah)
    • Disebabkan air kotor, kebersihan kurang, kelembapan tinggi.

Sumber: KKM

Artikel/Berita Terkini

PANGGILAN SENYAP BUKAN SEMESTINYA SELAMAT!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PANGGILAN SENYAP …

TANGKAPAN CURI KABEL OLEH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD ALOR GAJAH

Alor Gajah – Kejayaan besar dicatatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah apabila …

PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Keselamatan jalan …