KAPAL PURBA JADI ASET WARISAN NEGARA

Klebang – Kapal purba ditemui di perairan berhampiran Pulau Melaka bakal dipamerkan di salah sebuah muzium di negeri ini sebagai aset warisan negara.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata langkah itu akan dilaksanakan selepas proses ekskavasi oleh Jabatan Warisan Negara dengan Kerjasama Kerajaan Negeri siap dilaksanakan.
Katanya, usaha itu membolehkan orang ramai dan penyelidik meneliti sejarah maritim Melaka secara lebih mendalam.
“Kapal kayu dianggarkan berukuran 50 hingga 70 meter panjang, kini sedang menjalani proses ekskavasi oleh Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri.
“Penemuan ini menguatkan naratif bahawa Melaka bukan sahaja pelabuhan perdagangan, tetapi pusat tamadun maritim yang maju ketika zaman kegemilangannya,” katanya ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Cheng Ho’s Economic Nexus for Global Harmony & Outreach (CHENGHO2025) di sebuah hotel, di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri Kedutaan Republik China di Malaysia, Zheng Xuefang, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.
Yang turut hadir, Penasihat Khas Pelaburan dan Hal Ehwal Negara China kepada Ketua Menteri Datuk Wira Lim Ban Hong, barisan Exco, Timbalan Exco serta kenamaan lain.
Mengulas lanjut, Ab Rauf menegaskan Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan kepada usaha penyelidikan lanjutan dan penerokaan sejarah.
Ujarnya, langkah itu bagi membentangkan bukti hubungan diplomatik, perdagangan dan tamadun maritim antara Melaka dan negara-negara luar dengan lebih tepat.
“Insya-Allah, melalui kajian dan penyelidikan mendalam ini, kita dapat membentangkan bukti yang lebih jelas kepada orang ramai supaya sejarah hubungan ini dapat difahami dengan lebih terperinci dan tepat,” katanya.
Ab Rauf turut memaklumkan, penemuan rangka kapal purba itu dijangka memperkukuh lagi kedudukan Melaka sebagai pusat rujukan sejarah maritim dunia dan menjadi tarikan baharu bagi penyelidik serta pelancong yang berminat dengan warisan maritim.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …