Team MyGenom dari Institut Kesihatan Negara sudah sampai di Terengganu. Mereka menjelajah dari negeri ke negeri untuk membuat kajian genetik penduduk Malaysia. Jom sertai kajian MyGenom. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang sihat. Hanya perlu jawab soal selidik dan sumbang 10ml darah (dua sudu besar).
Apa yang anda dapat?
Percuma medical checkup seperti ujian darah (kencing manis, anemia, fungsi hati, buah pinggang, tiroid) dan ujian pemeriksaan jantung. Saguhati menarik juga disediakan kepada semua peserta.
Tidak perlu puasa. Anda juga boleh menderma darah sekiranya mahu. Datang secara “walk in” ke Pusat Pendermaan Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Tingkat 1, Bangunan Jabatan Pesakit Luar, bermula 8 November hingga 12 November 2025, jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.
📣 Anda Nak Saringan Kesihatan *PERCUMA*?
- Ujian Darah
- Komposisi Badan (spt Peratusan Lemak Badan dan Jisim Otot)
– Saringan Jantung
JOM SERTAI KAJIAN MyGENOM!
Institut Kesihatan Negara mencari rakyat Malaysia yang SIHAT
✅ Dewasa
✅ Kolesterol tinggi
🚫Mengandung
🚫Darah Tinggi
🚫Kencing Manis
🚫Masalah kesihatan genetik atau kronik yang lain
Bantulah kami untuk memajukan penjagaan kesihatan dan perubatan dalam kalangan rakyat Malaysia
Anda hanya perlu:
1️⃣ Menyumbangkan 2 sudu besar darah (tidak perlu puasa)
2️⃣ Menjawab soal selidik
3️⃣ Mengambil pengukuran badan
Sumber: FB Derma Darah Terengganu Kite



