RM67.76 JUTA PERUNTUKAN KPKT BANTU PERKASA INFRASTRUKTUR TAWAU

SIMBOLIK: Nga (lima kanan) membuat simbolik serahan peruntukan kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Joseph Pang (empat kanan).

TAWAU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan berjumlah RM67.76 juta bagi melaksanakan 18 projek pembangunan infrastruktur awam di daerah ini.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata peruntukan berkenaan membuktikan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Sabah melalui penyediaan kemudahan asas moden dan lestari.

Katanya, daripada jumlah itu, RM43 juta diperuntukkan bagi pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Gemok, menjadikan ia projek terbesar dalam senarai pembangunan tahun ini.

“Hari ini kita bersyukur dapat menyampaikan sentuhan kasih Kerajaan Pusat kepada rakyat Sabah.

“Projek tapak pelupusan ini sangat penting bagi memastikan Tawau kekal bersih, ceria dan hijau,” katanya ketika ditemui pada Siri Jelajah Sentuhan Kasih KPKT di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, RM9.67 juta diperuntukkan untuk pembangunan dan pengindahan landskap Bandar Tawau termasuk naik taraf Taman Awam Pelita, manakala RM9.63 juta bagi pembinaan Balai dan Kuarters Bomba Merotai bagi memperkukuh aspek keselamatan awam.

Menurutnya, sebanyak 10 projek naik taraf kemudahan awam seperti pasar, sistem perparitan, tandas dan laluan berbumbung turut dilaksanakan dengan kos RM4.2 juta.

“Program Baik Pulih Rumah Bandar pula membabitkan peruntukan RM340,000 untuk membantu 17 penerima dalam kalangan B40, warga emas, ibu tunggal dan OKU.

“RM530,000 pula disalurkan bagi penyenggaraan perumahan di PPR Sri Apas dan PPR Sri Titingan.” Katanya.

PROJEK: Nga mendengar taklimat berkaitan perkembangan projek di Taman Awam Pelita.

Nga turut mengumumkan peruntukan tambahan RM500,000 bagi projek naik taraf Taman Awam Pelita Fasa 2, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan KPKT di Tawau sebanyak RM67.76 juta.

“Setiap sen yang dibelanjakan perlu mencerminkan nilai terbaik untuk rakyat. Kita mahu projek dilaksanakan secara telus dan memberi manfaat maksimum kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut menegaskan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) perlu mengamalkan analisis kos faedah (Cost Benefit Analysis) dalam pelaksanaan projek bagi memastikan keberkesanan dan ketelusan perbelanjaan.

“Dalam tempoh dua tahun, KPKT merekodkan 11,807 projek prasarana awam dilaksanakan di seluruh negara, merangkumi taman awam, pasar, sistem perparitan, jalan serta kemudahan rekreasi,” katanya.

Nga turut melakukan tinjauan ke beberapa lokasi projek termasuk Pasar Ikan Tawau, Pasar Sentral, Kampung Pukat Tanjung Batu dan Taman Awam Pelita bagi melihat kemajuan pelaksanaan projek secara dekat.

“Rakyat Sabah bijak menilai siapa yang benar-benar bekerja untuk mereka. Kita bukan hanya berjanji, tetapi membuktikannya dengan hasil,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …