PERMAINAN TRADISIONAL WARNAI HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025

Bandaraya Melaka – Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 bakal menampilkan kelainan apabila turut mengetengahkan permainan tradisional bersama 35 acara sukan lain yang dipertandingkan.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam berkata program tahunan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri itu dijadualkan berlangsung pada 10, 11 dan 12 Oktober ini di Dataran Orang Kampung, Merlimau.

Katanya, objektif penganjuran kali ini bukan sekadar memupuk semangat kesukanan tetapi juga mengembalikan nostalgia permainan tradisional yang kian dilupakan.

“Hasrat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ialah supaya kita mengingatkan anak-anak muda tentang permainan seperti dam aji dan konda kondi yang suatu masa dulu amat popular.

“Acara seperti boling kelapa juga dijangka menarik minat generasi lebih berusia yang ingin mengimbau zaman kanak-kanak. Permainan tradisional bukan sahaja menceriakan suasana, malah mampu mengeratkan silaturahim berbanding acara moden seperti sukan elektronik (e-sukan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Hebahan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, di Konti RTM Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JBS negeri, Zailani Siran.

Mengulas lanjut, Shanmugam berkata selain di Merlimau, sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka turut diadakan serentak di dua lagi lokasi termasuk di pusat beli-belah Mahkota Parade bagi daerah Melaka Tengah dan Felcra Ramuan China bagi daerah Alor Gajah.

Tambahnya, Majlis perasmian dijadual berlangsung pada jam 8.45 pagi di Dataran Orang Kampung, Merlimau dengan sasaran kehadiran seramai 10,000 pengunjung.

“Program senamrobik dan pelbagai aktiviti sukan peringkat sekolah akan bermula pada Jumaat 10 Oktober dengan jangkaan penyertaan antara 150,000 hingga 180,000 pelajar dan warga pendidik seluruh negeri di kesemua lokasi.

“Tiada alasan untuk rakyat Melaka tidak bersukan, kerana pelbagai aktiviti turut diadakan di peringkat sekolah dengan sasaran penyertaan seramai 300,000 orang untuk tiga hari penganjuran acara terbabit” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …