KES INFLUENZA A DI MELAKA TERKAWAL – EXCO

Melaka – Situasi semasa Influenza A di Melaka berada pada tahap terkawal walaupun berlaku peningkatan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-40 bagi tempoh dari 28 September hingga 4 Oktober lepas.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata dalam ME40 juga menyaksikan wabak Influenza A telah dilaporkan di sebuah sekolah di daerah Alor Gajah, namun ia berjaya dikawal hasil langkah segera oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).

Beliau berkata pelajar yang bergejala telah dibenarkan pulang dan menjalani proses pembelajaran di rumah bagi mengelakkan penularan.

“JKNM akan terus memantau perkembangan penyakit berjangkit dan melaksanakan langkah pencegahan serta kawalan secara berterusan dengan kerjasama pelbagai agensi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ngwe berkata keseluruhannya kadar konsultasi ILI bagi negeri ini meningkat kepada 12.5 peratus pada ME40 iaitu dari 28 Sept hingga 4 Okt, berbanding 10.4 peratus pada minggu sebelumnya (ME39).

Beliau berkata peningkatan lebih ketara dikesan dalam kalangan pesakit bawah 18 tahun iaitu 34.2 peratus (29 peratus pada ME39), manakala bagi dewasa 18 tahun ke atas adalah 6.8 peratus (6.2 peratus pada ME39).

Sementara itu, Ngwe berkata kadar kemasukan kes jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) menurun kepada 11.8 peratus pada ME40 berbanding 12.5 peratus pada ME39.

“Setakat ME40, sebanyak 160 kes Influenza A dikesan di Melaka iaitu 97 kes (H1N1) dan 63 kes (H3N2) manakala 46 kes lagi Influenza B serta 122 kes COVID-19,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI) / BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …