758 PESAKIT MENTAL TERIMA RAWATAN DI MELAKA

Klebang – Seramai 758 pesakit mental di negeri ini mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dari tahun 2021 hingga 2025.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, daripada jumlah berkenaan, penghidap kemurungan atau depresi direkodkan tertinggi di Melaka iaitu sebanyak 48 peratus.

Menurut beliau, selain itu, 24 peratus lagi mengalami keresahan melampau (anxiety disorder), manakala 18 peratus menghidap skizofrenia.

“Seramai 158 pesakit yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Melaka kini menunjukkan perkembangan semakin baik dan meneruskan rawatan susulan di klinik kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai, di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Wira Salhah Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim serta lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut, Hee Sem memaklumkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memainkan peranan penting dalam menangani masalah mental membabitkan komuniti.

“KKM menyediakan platform saringan kendiri, MyMinda, bagi membolehkan orang ramai mengenal pasti risiko awal dan memudahkan akses bantuan awal.

“Mereka yang berisiko digalakkan membuat janji temu dengan berjumpa doktor di klinik-klinik kesihatan melalui aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan konsultansi status mental masing-masing.

“Ia sangat penting kerana kesihatan mental sering kali menjadi aspek yang paling terjejas, tetapi masih kurang mendapat perhatian serius dan sewajarnya,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …