MELAKA LAKSANA BACAAN QUNUT NAZILAH PADA RAKAAT TERAKHIR SOLAT JUMAAT, FARDU

Ayer Keroh – Semua masjid dan surau di negeri ini diseru melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat Jumaat dan solat fardu bermula hari ini, kata Mufti Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Hal Tawil.

Menurut beliau, ia bagi memohon keselamatan, perlindungan serta pembebasan pasukan sukarelawan dan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), khususnya rakyat Malaysia yang sedang melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza.

Beliau berkata, pada masa sama, bacaan itu juga bertujuan mendoakan keamanan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

“Kerajaan Negeri dan rakyat Melaka mengecam gangguan ke atas konvoi GSF yang sedang dalam perjalanan bagi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Sehubungan itu, semua masjid dan surau di negeri ini diseru melaksanakan bacaan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir dalam setiap solat Jumaat mulai hari ini dan solat fardu, bagi memohon keselamatan semua sukarelawan GSF khususnya rakyat Malaysia.

“Selain itu, kita beesama-sama mendoakan kesejahteraan untuk rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau turut menyeru setiap masjid dan surau mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin demi pejuang-pejuang misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

HAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung. Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.  Hapuskan tempat pembiakan Aedes …

NAK GUNA LOGO HALAL PALSU?

𝐍𝐀𝐊 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐋𝐎𝐆𝐎 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔??​Peniaga dan pemilik syarikat, pastikan logo Halal yang anda gunakan adalah sah dan mendapat perakuan terus …

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 bakal menghimpunkan seluruh warga tanah air pada 31 Ogos 2026, bermula pukul 7.00 pagi bertempat di …