๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ๐—”, ๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—ฃ & ๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—ฃ๐—จ: ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—ก๐—ฃ๐—” ๐—œ๐—ญ๐—œ๐—ก ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ, ๐Ÿญ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ – Seorang lelaki warga China enggan memberi kerjasama dan cuba mengelak dari ditahan selepas dia dapati melakukan kesalahan tinggal lebih masa ketika pemeriksaan imigresen di sebuah restoran di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Drama singkat tercetus apabila lelaki itu berkeras mendakwa dirinya tidak bersalah, namun anggota operasi berjaya menenangkan keadaan sebelum dia ditahan dan dibawa keluar dari premis itu.

Lelaki tersebut antara 24 warga asing yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan Ops Selera, Ops Kutip dan Ops Sapu yang dilaksanakan oleh sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu pada 1 Oktober 2025, dari jam 9.00 pagi hingga 7.09 malam. Sebanyak 10 premis diperiksa melibatkan 94 individu yang terdiri daripada warganegara Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Nepal dan China. Kesemua tangkapan melibatkan lelaki dewasa berumur antara 19 hingga 49 tahun.

Daripada jumlah tangkapan, seramai 13 warga Bangladesh, 4 warga Myanmar, 3 warga Indonesia, 2 warga Pakistan dan 2 warga China ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Pemeriksaan dijalankan di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus melibatkan kawasan pembinaan, rumah dalam pembinaan, premis perniagaan dan restoran.

Antara lokasi tangkapan termasuk rumah dalam pembinaan di Kampung Gong Tok Mir (3 warga Bangladesh), kawasan tepi jalan di Gong Pak Damat (1 warga Bangladesh), sebuah pasar raya dalam proses pengubahsuaian di Jalan Semarak, Kuala Nerus (8 warga Bangladesh), ruang dalam premis yang sama (3 warga Indonesia dan 2 warga Pakistan), perkarangan luar pasar raya tersebut (4 warga Myanmar), serta restoran di Jalan Sultan Zainal Abidin (1 warga Bangladesh dan 2 warga China).

Kesemua tahanan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut. Mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas yang sah, Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa, serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, hukuman penjara dan pengusiran keluar negara.

Sepanjang operasi, empat individu tempatan turut diberikan notis hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki menggaji dan melindungi PATI.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan dan menyeru orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin dalam usaha menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.ย  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR ย KOTA KINABALU: Sindiket โ€˜bomoh Cinaโ€™ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …