PROJEK PEMBINAAN KEM PARADISE TINGKAT KEANGGOTAAN TENTERA, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN

LAWAT: Ahmad Maslan semasa melawat Projek Pembinaan Kem Paradise.

KOTA BELUD: Projek Pembinaan Kem Paradise di Kota Belud dijangka memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara khususnya di Pantai Barat Sabah apabila siap sepenuhnya pada 2027 dengan peningkatan besar jumlah anggota tentera.

Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan memaklumkan kem yang sedang dibina di kawasan seluas 100 ekar itu akan menempatkan Kem 5 Briged dan Kem 19 RAMD.

“Ia mampu meningkatkan keanggotaan daripada 311 anggota termasuk 32 pegawai dan 279 anggota lain-lain pangkat kepada 1,148 anggota iaitu 69 pegawai dan 1,079 anggota lain-lain pangkat sekali gus melonjakkan kapasiti operasi pasukan keselamatan di rantau berkenaan.

“Projek strategik bernilai RM179.7 juta ini dilaksanakan secara reka dan bina oleh Ilmiah Perdana Sdn Bhd sebagai kontraktor utama, dengan kerjasama Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) JKR Malaysia sebagai agensi pelaksana,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembinaan Kem Paradise bagi meninjau kemajuan projek infrastruktur pertahanan negara yang sedang dilaksanakan. TAKLIMAT: Ahmad Maslan mendengar taklimat berkenaan Projek Pembinaan Kem Paradise daripada pihak KKR.

KKR memaklumkan projek bermula pada 2 Mei 2024 dan kini mendahului jadual sebanyak lima hari dengan kemajuan fizikal mencapai 10.26 peratus dan dijangka siap pada 4 Ogos 2027.

“Pembangunan ini merangkumi 42 komponen bangunan meliputi kemudahan pentadbiran, blok teknikal, blok kediaman, fasiliti sokongan, serta infrastruktur asas termasuk jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik dan sistem kawalan keselamatan.

“Selain memperkukuh pertahanan, projek ini turut memberi kesan positif kepada ekonomi penduduk tempatan melalui peluang pekerjaan, perniagaan dan pembangunan kawasan sekitar,” katanya.

KKR menegaskan pihaknya komited memastikan projek siap mengikut jadual agar kem moden, mesra operasi dan mampan dapat disediakan, bukan sahaja untuk memperkukuh benteng keselamatan negara malah meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Kota Belud dan daerah berhampiran.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …