Melaka : Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM) mengadakan borang soal selidik, cadangan inisiatif serta idea baharu daripada seluruh rakyat negeri Melaka bagi sama-sama menyumbang idea bagi Cadangan Inisiatif Bajet 2026 Negeri Melaka.
Pentadbiran Ketua Menteri sentiasa mengalu-alukan pandangan dan aspirasi daripada semua lapisan masyarakat. Suara rakyat adalah nadi dalam mencorak pembangunan negeri agar lebih mampan, inklusif dan berpandangan jauh.
Berikut dilampirkan pautan penyertaan https://forms.gle/zB1aguqyCHTQ4c8A7 atau boleh mengimbas kod QR yang disediakan. Sama-sama kita berganding bahu menjadikan Melaka negeri berwawasan, berdaya saing dan terus membahagiakan rakyatnya.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)



