NELAYAN DINASIHATKAN TIDAK KUTIP KERANG DI PERAIRAN PORT DICKSON

Jabatan Perikanan Negeri Sembilan menasihati nelayan supaya tidak mengutip, mengambil atau menuai kerang-kerangan termasuk kupang di perairan Port Dickson buat sementara waktu.

Menurut Pengarahnya, Kasim Tawe,  keputusan ujian sampel air laut daripada Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) menunjukkan bacaan biotoksin melebihi paras dibenarkan. Bagaimanapun pihaknya akan membuat persampelan kedua sebelum keputusan larangan dikeluarkan secara rasmi.

Pihak jabatan juga berhubung dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) menasihatkan supaya larangan sementara kepada nelayan untuk mengutip, mengambil dan menuai kerang-kerangan (dwicengkerang) di perairan Port Dickson buat masa ini.

Pihaknya sudah mengambil sampel kupang dan air laut sekitar Port Dickson pada Rabu lepas setelah menerima aduan nelayan berkenaan air laut berwarna merah dipercayai akibat ledakan alga di perairan Pasir Panjang.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …