‘PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR DI BAS BUKAN SEMATA-MATA PERATURAN TAPI ELAK RISIKO KEMALANGAN SERIUS’

Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar terutama dalam bas ekspres dan persiaran bukan semata-mata sebagai peraturan sebaliknya bagi mengurangkan risiko lebih serius ketika berlaku kemalangan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ini berikutan antara punca kecederaan parah dan kemalangan maut membabitkan kedua-dua jenis bas berkenaan adalah kerana kegagalan memakai tali pinggang keledar.

Apabila berlaku kemalangan, kadang-kadang penumpang itu tercampak keluar kerana tak pakai tali pinggang. Ini antara punca yang menyebabkan kemalangan maut ataupun kematian dalam kemalangan bas. Jadi ia mesti dilaksanakan untuk penumpang bas, malah penumpang kereta pun peraturan itu sudah ada. Peraturan sedia ada memang mewajibkan pemakaian tali pinggang untuk penumpang di belakang. Sebelum ini Ketua Pengarah JPJ, Dato’ Aedy Fadly Ramli memaklumkan pihaknya akan menjalankan operasi pemantauan pemakaian tali pinggang keledar di dalam bas ekspres dan persiaran dengan cara anggota mereka menyamar sebagai penumpang.

Operasi bertujuan memastikan penumpang dan pemandu bas mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar demi keselamatan. Anggota penguat kuasa JPJ sentiasa meningkatkan taktik penyamaran di stesen bas terpilih untuk memastikan peraturan itu dipatuhi.

Pendekatan yang digunakan pada peringkat ini ialah banyak menggunakan samaran kerana ingin melihat betul ke tidak pengusaha bas atau pemandu ini patuh kepada peraturan. Pemandu bas terbabit perlu bertanggungjawab dengan memberi peringatan kepada penumpang supaya memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Tindakan ini bukan kerana takut kena saman sahaja tetapi untuk kebaikan dan keselamatan mereka/

Loke turut menegaskan peraturan pemakaian tali pinggang keledar ketika menaiki bas ekspres atau persiaran dan kenderaan lain adalah seperti juga peraturan yang dikenakan ketika menaiki pesawat penerbangan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KILANG TEMPATKAN 73 PEKERJA ASING DALAM KONTENA TANPA KELULUSAN

Sebuah kilang di kawasan perindustrian Arab Malaysian Nilai di sini dikesan gagal mematuhi standard penginapan pekerja apabila menempatkan 73 pekerja …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut

BERATUS MAT MOTOR BERPELUH TOLAK MOTOSIKAL KE BALAI

Beratus ‘mat motor’ diarah menolak motosikal masing-masing sejauh satu kilometer ke Balai Polis Senawang selepas dikepung dengan trak tunda di …
Maklumat Lanjut