SIDANG DUN TERAKHIR PENGGAL INI, HAJIJI BELUM BERI BAYANGAN TARIKH DUN BUBAR

DUN: Hajiji ketika ditemui media selepas persidangan DUN Sabah tamat hari ini.

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang tamat hari ini mungkin yang terakhir bagi penggal ini.

“Kira-kira begitulah,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika diminta media untuk mengesahkan sama ada persidangan DUN hari ini sebagai yang terakhir bagi penggal ini.

Bagaimanapun beliau belum mahu memberi bayangan tarikh pembubaran DUN Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

“Itu saya tidak boleh bagi sekarang, tunggu kalau kita sudah tetapkan nanti, kita panggil semua kawan-kawan daripada media untuk umumkan bila tarikhnya. Sabar…tidak lama lagi,” katanya.

Menurutnya, perbincangan mengenai agihan kerusi juga sedang diperhalusi bersama rakan komponen kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Hajiji berkata, perkara itu juga akan dimuktamadkan sebelum pembubaran DUN Sabah nanti.

“Yang jelas sekarang, kerajaan hari ini adalah GRS, Pakatan Harapan (PH) dan itu asas kita, yang lain kita tengok nanti macam mana,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berpuas hati dengan persidangan DUN yang berlangsung kali ini dan Rang Undang-Undang (RUU) yang diluluskan adalah untuk kebaikan negeri Sabah, terutama RUU mengenai karbon, hutan dan tanah.

“Secara keseluruhan, persidangan berjalan dengan baik. Kerajaan dapat membentangkan dan memberitahu inisiatif yang telah kita jayakan selama menjadi kerajaan.

“Hampir lima tahun sudah dan sekarang kita hanya tunggu bila kita mengadakan pilihan raya. Kita sudah buat yang terbaik untuk rakyat, walaupun masih banyak lagi yang patut kita lakukan.

“Banyak inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan hari ini yang tidak pernah dilaksanakan atau dilakukan oleh kerajaan sebelum ini,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau berkata, sekarang terpulang kepada rakyat untuk memberi peluang sekali lagi kepada kerajaan GRS yang ada pada hari ini.

Baru-baru ini, Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya memaklumkan DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November 2025 jika tidak dibubarkan lebih awal.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

KILANG TEMPATKAN 73 PEKERJA ASING DALAM KONTENA TANPA KELULUSAN

Sebuah kilang di kawasan perindustrian Arab Malaysian Nilai di sini dikesan gagal mematuhi standard penginapan pekerja apabila menempatkan 73 pekerja …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut

BERATUS MAT MOTOR BERPELUH TOLAK MOTOSIKAL KE BALAI

Beratus ‘mat motor’ diarah menolak motosikal masing-masing sejauh satu kilometer ke Balai Polis Senawang selepas dikepung dengan trak tunda di …
Maklumat Lanjut