Pada 26 Jun 2025 (Khamis) bertempat di Ruang Damai Event Hall, Seremban, telah berlangsung Sesi Libat Urus & Kajian Semula Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021–2025 anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan.
Tujuan utama sesi ini adalah untuk mendapatkan pandangan terus daripada pelbagai pihak berkaitan isu-isu keselamatan semasa dan cadangan penambahbaikan bagi penyediaan DKN 2026–2030.
Seramai 115 peserta hadir mewakili pelbagai agensi kerajaan, penyelamat, akademik dan rakan strategik. Program turut diserikan dengan sesi taklimat, dialog terbuka dan sumbang saran yang sangat bermanfaat.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan sesi ini. Semoga segala dapatan menjadi asas kukuh kepada pembentukan DKN 2026–2030 yang lebih mantap dan menyeluruh.