SEKAT KENDERAAN DI LEBUH RAYA: POLIS TAHAN SUSPEK EJEN TARIK KERETA, BUKA 3 KERTAS SIASATAN

Polis membuka tiga kertas siasatan dan menahan seorang lelaki disyaki pemilik sebuah daripada tiga kereta yang berhenti melintang untuk menghalang laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Hentian Sebelah Pedas Linggi sebagaimana dipaparkan dalam rakaman video tular sejak semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain, suspek berusia 50-an itu ditahan di sekitar Seremban kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi. Pihaknya sedang memburu suspek lain yang masih bebas.

Hasil siasatan awal mendapati suspek adalah ejen tarik kereta. Mereka dipercayai menahan kenderaan kerana mahu menarik sebuah kereta. Kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara cuai atau melulu sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya

Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang laluan orang awam, yang membawa hukuman penjara hingga satu bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Polis turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengendalikan kenderaan dengan cara menyusahkan pengguna jalan raya. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda minimum RM1,000 dan maksimum RM5,000 serta boleh digantung lesen memandu hingga 12 bulan.

Pihak polis memandang serius sebarang tindakan mengganggu kelancaran trafik. Ia mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, terutama di lebuh raya yang mempunyai aliran trafik berkelajuan tinggi. Tindakan sedemikian bukan saja melanggar undang-undang, malah berpotensi menyebabkan kemalangan maut.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Noor Fathiah Ak’Dilah Ishak, melalui talian 010-5825384; Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim (019-7992519); atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau (06-6851999).

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

OP TALI PINGGANG KELEDAR: TIDAK BIASA, REMEH ANTARA ALASAN PENUMPANG – JPJ

Tidak biasa memakai tali pinggang keledar dan remeh antara alasan diberikan penumpang pada Op Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar terhadap …
Maklumat Lanjut

SEKAT KENDERAAN DI LEBUH RAYA: POLIS TAHAN SUSPEK EJEN TARIK KERETA, BUKA 3 KERTAS SIASATAN

Polis membuka tiga kertas siasatan dan menahan seorang lelaki disyaki pemilik sebuah daripada tiga kereta yang berhenti melintang untuk menghalang …
Maklumat Lanjut

‘SETIAP SEN DISALUR AMANAH DARIPADA RAKYAT’ – AMINUDDIN

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan supaya berintegriti dalam pengurusan dana kerajaan. Menteri Besar Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut