BINCANG: Leftenan Kol. Alphonsus menjelaskan sesuatu kepada Joachim (kiri).
KOTA KINABALU: Cuaca baik kelmarin membolehkan raptai penuh Istiadat Perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Yang Dipertua Negeri Sabah berjalan lancar.
Raptai yang bermula jam 7 pagi itu mengetengahkan perbarisan oleh 80 kontinjen melibatkan lapan kategori di Padang Merdeka.
Bagi memastikan perjalanan majlis di tahap terbaik, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan hadir meninjau raptai itu.
Hadir sama, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, Setiausaha Sulit kepada Tuan Yang Terutama Izharudin Jalaludin, Ketua Keseluruhan Perbarisan Leftenan Kolonel Alphonsus Radsung @ Benedect serta wakil-wakil jabatan negeri Dan persekutuan.
Istiadat Perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Yang di-Pertua Negeri Sabah akan berlangsung Sabtu ini.
#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online