IPD KOTA KINABALU TUMPASKAN KUMPULAN PECAH RUMAH AKTIF

RAMPAS: Kasim menunjukkan salah satu barangan yang dirampas semasa penahanan suspek.

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berjaya menumpaskan kumpulan jenayah pecah rumah yang bergiat aktif hasil siasatan dan risikan selepas menerima dua laporan kes pecah rumah yang berlaku pada 18 Mei lalu di kawasan Luyang dan Jalan Penampang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, berdasarkan laporan polis diterima, kedua-dua kejadian yang berlaku sekitar jam 6.13 pagi dan 2.17 petang itu mengakibatkan mangsa kehilangan beberapa barangan seperti wang tunai, barang kemas, telefon bimbit dan peralatan dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM10,000.

“Siasatan awal mendapati suspek melakukan  kegiatan jenayah itu secara berkumpulan dengan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa.

“Hasil maklumat risikan, pasukan polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan di Jalan Gaya sekitar jam 3.40 petang keesokan harinya.

“Suspek dipercayai cuba melarikan diri selepas merampas beberapa barangan dari lokasi kejadian, turut dirampas semasa operasi ini ialah satu unit cakera keras, peralatan pecah rumah jenis ‘kuku kambing’ serta pakaian yang digunakan semasa kejadian,” katanya semasa sidang media di IPD Kota Kinabalu di sini.

Beliau berkata, tangkapan ini membawa kepada operasi serbuan berasingan pada hari sama yang membawa kepada penahanan tiga lagi suspek yang dipercayai rakan sejenayah suspek.

“Polis berjaya merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah kenderaan jenis sedan yang digunakan kumpulan ini ketika menjalankan kegiatan jenayah.

“Semakan rekod jenayah mendapati kesemua suspek mempunyai rekod kes pecah rumah, samun, curi kabel dan penyalahgunaan dadah sejak 2017.

“Suspek kedua pula tidak mempunyai rekod jenayah kerana tiada dokumen pengenalan diri, manakala suspek ketiga mempunyai 26 rekod kesalahan pecah rumah sejak 2017, suspek keempat pula memiliki 16 rekod jenayah melibatkan pecah rumah dan penyalahgunaan dadah sejak 2021,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes ini dan hasil ujian air kencing mendapati suspek pertama dan kedua positif dadah jenis methamphetamine manakala dua lagi suspek negatif.

Menurutnya, kumpulan ini dikenal pasti aktif menjalankan kegiatan di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Kudat dan Sandakan.

“Modus operandi mereka adalah menyasarkan kawasan perumahan sunyi dan beroperasi secara berkumpulan menggunakan kenderaan sewa. Salah seorang suspek akan menyelinap ke dalam rumah melalui tingkap atau pintu sebelum mengambil barang berharga dan melarikan diri.

“Dengan tertangkapnya keempat-empat suspek, polis berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah yang dilaporkan di Luyang.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti penglibatan kumpulan ini dalam kes lain termasuk di luar daerah,” katanya.

Bercakap lanjut Kasim berkata, pihak polis kini giat mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas dan dikenali dengan panggilan “Pindil” dan suspek akan diberkas dalam masa terdekat.

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam penangkapan ini dan menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

BILIK MESYUARAT SIASATAN JENAYAH NARKOTIK TAMPIN TERBAKAR

Sebuah bilik mesyuarat di tingkat empat Bangunan Pentadbiran Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin musnah dalam kebakaran …
Maklumat Lanjut

IPD KOTA KINABALU TUMPASKAN KUMPULAN PECAH RUMAH AKTIF

RAMPAS: Kasim menunjukkan salah satu barangan yang dirampas semasa penahanan suspek. KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) MAHASISWA SIDMA COLLEGE BERSAMA MKN SABAH: “BELIA MADANI HARAPAN NEGARA” SIRI 1

PENAMPANG, 21 Mei – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej SIDMA telah menganjurkan PROGRAM PENGURUSAN …
Maklumat Lanjut