PENAMPANG, 21 Mei – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej SIDMA telah menganjurkan PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) SISWA SIDMA COLLEGE BERSAMA MKN SABAH: BELIA MADANI HARAPAN NEGARA.
Program selama dua (2) hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran siswa mengenai aspek keselamatan dalam menghadapi sebarang isu atau ancaman di peringkat komuniti. Antara pengisian program pada kali ini termasuklah sukaneka, ceramah Dasar Keselamatan Negara (DKN), aktiviti LDK dan penghasilan video pendek bertemakan teras DKN.
Perasmian penutup telah disempurkan oleh YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Pengarah Keselamatan Negeri dengan kehadiran YBhg. Prof Dr Morni Kambrie, PengarahKolej SIDMA Kampus Sabah..
#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah